Sunday, May 15, 2011
Selamat Hari Guru 2011
1. Guru jika dapat bunga tanda harumkan dunia. Jika dapat pen tanda guru pengukir kata. Jika dapat pemadam tanda guru betulkan kesilapan. jika dapat mesej tanda guru dalam ingatan.
2. Guru yang lebih INDAH di pandang bila bercambahnya benih-benih yang DISEMAI dari tangan-tanganmu.
3. Guuruku yang cantik penyejuk jiwa, cantik layananmu bagai ibunda, cantik bersahabat bagai ayahnda, cantik nasihatmu untuk semua,cantik budimu tidak ku lupa.
4.Jadilah guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya di RINDU,ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU, tingkahlakunya di TIRU.
5. "Mat apa benda mulut bertemu mulut tangan pegang batang jari raba lubang?" orang beromen la tu cikgu... Woi salah tu, orang main seruling laaa
apa pun mesej yang diterima, yang pasti istilah GURU itu lebih penting iaitu GU- diikuti RU- ditiru di GUGU di TIRU (Selamat hari guru)
Monday, May 10, 2010
Hilangkan Stress
Kisah Tangguh
Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan.
Robet memberikan satu cadangan dengan menunjukkan sebuah buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI".
Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."
Kemalangan
Tiga orang sahabat mati dalam sebuah kemalangan jalanraya dan pergi ke syurga untuk orientasi.
Mereka semua bertanya, “Saat kamu sudah mati, dan teman serta keluargamu berduka di sebelah mayatmu, kamu ingin mendengar apa yang mereka cakap?”
Orang pertama berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah seorang doktor yang hebat dan juga seorang ketua keluarga yang baik.”
Orang kedua berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah suami dan guru yang baik yang memberikan impak positif yang besar bagi anak-anak di masa depan.”
Orang terakhir menjawab, “Aku ingin mendengar mereka berkata, “Lihat, mereka hidup semula!!!!
Bintang Dan Bulan
Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang lah, 4 bintang lah. Bila turn adik jer, bintang plak dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan je.
Shampu, Sabun & Minyak wangi
“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”
Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”
“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”
” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.
“Minyak wangi?”
“Minyak Wangi Baba.”
“Shampoo?”
“Shampoo Baba.”
Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”
Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu ialah nama rakan sebilik saya.”
Thursday, April 15, 2010
Terima Kasih
Tokoh Pemikir Arab ada mengatakan "aku takut kepada pujian yang akan boleh menghanyutkan aku, tetapi aku suka kepada kritikan supaya aku akan sentiasa berfikir". Ucapan terima kasih juga merupakan latihan untuk kita merendahkan diri dan menghargai orang lain. Apa yang ingin saya kongsikan di sini tentang istilah "What You Give, You Get Back" iaitu apabila kita mudah menyatakan ucapan terima kasih ini kepada orang lain maka kita juga akan beroleh perkara yang sama.. Ibarat orang senyum kepada kita sudah tentu akan dibalas dengan senyuman juga oleh kita. Amat jarang berlaku ada orang beri senyuman dibalas dengan bermasam muka kecuali individu itu sememangnya berkonflik dengan anda.. mudah2an dengan entri kali ini kita akan sentiasa tidak lokek dengan ucapan "Terima Kasih" jadi untuk itu terima kasih diucapkan kerana sudi membaca dan amalkan budaya yang positif ini :-) sekian
Sunday, February 21, 2010
Matlamat
PENGAJARAN:
Daripada kisah haiwan dan tumbuhan ini apa yang kita boleh pelajari adalah :
1. Haiwan juga mempunyai matlamat hidupnya. sebagai contoh walaupun perjalanan mencabar ikan Salmon akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamatnya iaitu membiak bagi meneruskan kesinambungan zuriat bagi spesisinya.
2. Pokok pisang walaupun kelihatan lembut namun masih ada matlamat hidupnya iaitu walaupun dicantas ia akan terus berusaha untuk hidup sehingga berbuah akhirnya.
KESIMPULAN
melalui kisah ini sebenarnya manusia diciptakan tidak sia-sia, & sememangnya bertujuan.. tujuannya adalah untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini supaya kita dapat berbuat amal kebaikan dan kebajikan demi memperoleh keredhaan allah sebelum kita akan dipertemukan di akhirat nanti.. wallahhua'lam
Tuesday, January 26, 2010
Inspirasi diri
Apakah yang menjadi pendorong diri kita untuk melakukan sesuatu perkara yang bermakna? atau dengan kata lain ianya dipanggil inspirasi... dalam ruangan kali ini saya nak share 2 peristiwa di sekeliling kita melibatkan inspirasi. Pertama kisah seorang kanak2 dan kedua kisah seorang pengusaha kilang kasut..
kisah seorang kanak-kanak ini saya membacanya di sisipan surat khabar Utusan Malaysia iaitu tentang bagaimana seorang kanak2 boleh mengumpul derma sehingga mencecah hampir RM400,000 dengan hanya berbasikal! Dia melakukan ini disebabkan telah menonton satu tayangan video ketika seorang bayi ditarik keluar dari runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang berlaku di Haiti.
kisah kedua pula berkaitan seorang pengusaha kilang kasut di Wales (U.K) yang hampir muflis kerana terpaksa bersaing dengan pengeluar kasut yang lain. Oleh kerana pendapatan yang makin berkurang, beberapa orang pekerjanya terpaksa diberhentikan kerja bagi mengurangkan kos syarikat. Bagi mengurangkan tekanan kerja, pengusaha kasut ini telah pergi bercuti ke Asia selama seminggu.. semasa bercuti dia sangat tidak selesa apabila banyak tumbuhan tersangkut pada seluar dan bajunya semasa meredah hutan. Peristiwa itu telah memberikan inspirasi kepadanya untuk mereka sepasang kasut tanpa tali. Pengguna cuma perlu lekat dan tarik sahaja (kebanyakan ada pada kasut sekolah) setelah mengeluarkan kasut itu, perniagaannya telah mula meningkat dan ramai pengusaha kasut lain turut mengikuti jejak langkahnya..
Melalui dua kisah ini diharap kita semua dapat mencari inspirasi yang terbaik. kerana dengan inspirasi inilah yang akan menjadikan dunia kian berkembang. Daripada zaman menggunakan lampu minyak kini dah ada lampu elektrik. Dahulu menunggang kuda, sekarang ada "Kuda Besi" iaitu motorsikal. Jadi apa agaknya inspirasi diri anda pada hari ini agaknya?
Thursday, December 3, 2009
Selamat Pengantin Baru
Salam kepada kawan-kawan semua rasanya semua dah tau kawan kita si Sazali & Nizar sudah pun melangsungkan perkahwinan dan secara langsung telah menamatkan zaman bujangnya.. pada 22 November & 26 Disember lepas sempat jugak aku datang ke majlisnya bagi memeriahkan majlis tersebut (betul ke aku datang jadi meriah nie? heheheh) dan berdoa mudah-mudahan jodoh mereka akan berkekalan hendaknya amin.. Pada kawan2 yang masih bujang tu.. (eceh aku pun bujang lagi :-) jangan lupa la antar kad jemputan bila dah sampai masanya. Apa pun tahniah sekali lagi pada dua orang rakan kita ni.... apa lagi cepat la dapat anak tu coti-coti M'sia nie heheheh