Monday, May 10, 2010

Hilangkan Stress

Kisah Tangguh

Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan.

Robet memberikan satu cadangan dengan menunjukkan sebuah buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI".

Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."

Kemalangan

Tiga orang sahabat mati dalam sebuah kemalangan jalanraya dan pergi ke syurga untuk orientasi.

Mereka semua bertanya, “Saat kamu sudah mati, dan teman serta keluargamu berduka di sebelah mayatmu, kamu ingin mendengar apa yang mereka cakap?”

Orang pertama berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah seorang doktor yang hebat dan juga seorang ketua keluarga yang baik.”

Orang kedua berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah suami dan guru yang baik yang memberikan impak positif yang besar bagi anak-anak di masa depan.”

Orang terakhir menjawab, “Aku ingin mendengar mereka berkata, “Lihat, mereka hidup semula!!!!

Bintang Dan Bulan

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang lah, 4 bintang lah. Bila turn adik jer, bintang plak dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan je.

Shampu, Sabun & Minyak wangi

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu ialah nama rakan sebilik saya.”

No comments:

Post a Comment