Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, sudah genap setahun rasanya baru nak update bahan terbaru. Bersempena hari guru yang disambut oleh warga pendidik di seluruh Malaysia pada (16 Mei) maka ada sedikit ruang untuk mencatatkan sesuatu kat blog ni.. nak tau apa? mesej2 dari rakan2 pendidik dalam hp saya:

1. Guru jika dapat bunga tanda harumkan dunia. Jika dapat pen tanda guru pengukir kata. Jika dapat pemadam tanda guru betulkan kesilapan. jika dapat mesej tanda guru dalam ingatan.

2. Guru yang lebih INDAH di pandang bila bercambahnya benih-benih yang DISEMAI dari tangan-tanganmu.

3. Guuruku yang cantik penyejuk jiwa, cantik layananmu bagai ibunda, cantik bersahabat bagai ayahnda, cantik nasihatmu untuk semua,cantik budimu tidak ku lupa.

4.Jadilah guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya di RINDU,ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU, tingkahlakunya di TIRU.

5. "Mat apa benda mulut bertemu mulut tangan pegang batang jari raba lubang?" orang beromen la tu cikgu... Woi salah tu, orang main seruling laaa


apa pun mesej yang diterima, yang pasti istilah GURU itu lebih penting iaitu GU- diikuti RU- ditiru di GUGU di TIRU (Selamat hari guru)

No comments:

Post a Comment