Salam dan selamat sejahtera kepada semua... Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi maklumat dan muhasabah diri tentang Matlamat, atau dengan kata mudahnya juga ialah tujuan... apa sebenarnya tujuan kita dilahirkan? adakah tujuan kita dihidupkan dimuka bumi ini kerana saja-saja @ "tidak tahu pun, janji hidup macam orang lain".. untuk menjawab persoalan itu elok kiranya kita lihat satu contoh perumpamaan diantara mahluk di sekeliling kita, iaitu antaranya tumbuhan dan juga haiwan.. sebagaimana yang kita sedia maklum,walaupun kita dijadikan sebagai seorang manusia yang merupakan mahluk tinggi darjatnya, namun sekiranya jiwa, pemikiran dan perlakuannya tanpa ada matlamat maka percayalah ianya lebih buruk daripada haiwan dan tumbuhan. mengapa begitu? sebagai perbandingan satu contoh: adakah anda pernah mendengar @ melihat Ikan Salmon? (klik untuk lbih lanjut) ya.. ikan salmon itu tidak ada di negara kita mahu pun di Asia Tenggara kerana ikan ini hanya hidup di kawasan beriklim sederhana. Apa yang saya ingin kongsi bukan kelazatan @ khasiat ikan Salmon itu, tetapi kitaran hidup ikan Salmon itu.. ikan Salmon itu dilahirkan di kawasan air tawar dan ia akan membesar di lautan. Apabila tiba masa untuk membiak ikan ini akan kembali semula ke kawasan air tawar di mana ia pernah dilahirkan. walaupun ia terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan ikan ini akan tetap meneruskan perjalanan walaupun nyawanya bakal jadi taruhan kepada pemangsa seperti beruang, memerang dan tidak terkecuali manusia juga.. setelah bertelur ikan Salmon ini akan mati dalam tempoh kurang seminggu. itu adalah contoh haiwan, manakala tumbuhan pula: Anda tentu pernah dengar sebutan tentang Montel, berangan, awak, abu, restali, tanduk, emas dan lain2 lagi.. ya semuanya itu adalah nama bagi berbagai jenis pisang. tahukah anda bagaimana kitaran kehidupan sebagai pokok pisang? pokok pisang merupakan sejenis pokok yang agak unik kerana ia akan tumbuh semula apabila dicantas @ ditebang batangnya selagi ia tidak mengeluarkan buah! tetapi apabila dicantas setelah mengeluarkan buah ia akan mati dan tidak akan tumbuh semula. PENGAJARAN: Daripada kisah haiwan dan tumbuhan ini apa yang kita boleh pelajari adalah : 1. Haiwan juga mempunyai matlamat hidupnya. sebagai contoh walaupun perjalanan mencabar ikan Salmon akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamatnya iaitu membiak bagi meneruskan kesinambungan zuriat bagi spesisinya. 2. Pokok pisang walaupun kelihatan lembut namun masih ada matlamat hidupnya iaitu walaupun dicantas ia akan terus berusaha untuk hidup sehingga berbuah akhirnya. KESIMPULAN melalui kisah ini sebenarnya manusia diciptakan tidak sia-sia, & sememangnya bertujuan.. tujuannya adalah untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini supaya kita dapat berbuat amal kebaikan dan kebajikan demi memperoleh keredhaan allah sebelum kita akan dipertemukan di akhirat nanti.. wallahhua'lam
KEPADA PARA PENGUNJUNG yang budiman. Diharap dapat meninggalkanMESEJ atau KOMENyang membina di ruangan chat. Anda juga dialu-alukan untuk menjadi follower blog ini.Terima Kasih :-)
Untuk sampai ke puncak sesuatu kejayaan harus ada beberapa ciri-ciri yang perlu ada di dalam diri kita iaitu:
1. Kesungguhan yang tidak pernah padam
2. Keyakin dengan sepenuh harapan
3. Sabar menghadapi setiap dugaan yang datang
4. Sentiasa ada planning dan membuat penambah baikan bagi setiap tindakan yang diambil
5. Berdoa dan Tawakal kepada Allah S.W.T
Bebudak Serumah
Bebudak Serumah: dari kiri Ezanee (asal Pasir Mas Kelantan) kitorang panggil dia Abey, yang kedua aku laa tu (asal Sungkai Perak), sebelah aku pulak Fazli (asal Sungai Dua Penang) kitorang panggil dia Cikgu bujang Sebelah hujung kanan tu Arif (asal Ipoh Perak) kitorang panggil dia Kerbau Kenangan bersama korang tak akan dilupakan.
GAMBAR KENANGAN "HARI KELUARGA KASIH 09"
Dengan Fizi (sem 7) kat Gymnasium. tengok pertandingan Badminton
Wakil student PKPG Fairus & Radhi (Johan Beregu) lelaki
Waktu majlis penyampaian anugerah kecemerlangan keluarga KASIH di Auditorium
My Class Mate
Gambar dengan kawan2 sekelas kat Bukit Fraser masa buat sesi kelompok
Me, Myself & INTEK 2010
-
Me, Myself & INTEK 2010
Tanggal 15hb Feb 2010 aku mendaftarkan diri ke sebuah sekolah yang cukup
gah pada namanya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuanta...
Fikirlah...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bagaimana perasaan berada di tempat baru? Sebelum melangkah ke tempat
tersebut bermacam-macam andaian yang kita buat...
Bagaimana hendak menjadi kaunselor?
-
CIRI-CIRI KHUSUS KAUNSELOR
1. Profesional.
Ciri Profesional mengikut Carl Rogers :-
1.1 Tulen.
1.2 Kongruen pada percakapan dan perbuatan.
1.3 Ketepatan ti...
No comments:
Post a Comment