Tuesday, January 26, 2010

Inspirasi diri



Apakah yang menjadi pendorong diri kita untuk melakukan sesuatu perkara yang bermakna? atau dengan kata lain ianya dipanggil inspirasi... dalam ruangan kali ini saya nak share 2 peristiwa di sekeliling kita melibatkan inspirasi. Pertama kisah seorang kanak2 dan kedua kisah seorang pengusaha kilang kasut..

kisah seorang kanak-kanak ini saya membacanya di sisipan surat khabar Utusan Malaysia iaitu tentang bagaimana seorang kanak2 boleh mengumpul derma sehingga mencecah hampir RM400,000 dengan hanya berbasikal! Dia melakukan ini disebabkan telah menonton satu tayangan video ketika seorang bayi ditarik keluar dari runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang berlaku di Haiti.

kisah kedua pula berkaitan seorang pengusaha kilang kasut di Wales (U.K) yang hampir muflis kerana terpaksa bersaing dengan pengeluar kasut yang lain. Oleh kerana pendapatan yang makin berkurang, beberapa orang pekerjanya terpaksa diberhentikan kerja bagi mengurangkan kos syarikat. Bagi mengurangkan tekanan kerja, pengusaha kasut ini telah pergi bercuti ke Asia selama seminggu.. semasa bercuti dia sangat tidak selesa apabila banyak tumbuhan tersangkut pada seluar dan bajunya semasa meredah hutan. Peristiwa itu telah memberikan inspirasi kepadanya untuk mereka sepasang kasut tanpa tali. Pengguna cuma perlu lekat dan tarik sahaja (kebanyakan ada pada kasut sekolah) setelah mengeluarkan kasut itu, perniagaannya telah mula meningkat dan ramai pengusaha kasut lain turut mengikuti jejak langkahnya..

Melalui dua kisah ini diharap kita semua dapat mencari inspirasi yang terbaik. kerana dengan inspirasi inilah yang akan menjadikan dunia kian berkembang. Daripada zaman menggunakan lampu minyak kini dah ada lampu elektrik. Dahulu menunggang kuda, sekarang ada "Kuda Besi" iaitu motorsikal. Jadi apa agaknya inspirasi diri anda pada hari ini agaknya?

No comments:

Post a Comment