Sunday, April 12, 2009

The Final Count Down

Salam... kepada kawan2 dan pensyarah2 yang sentiasa diingati selalu, rasanya sedar tak sedar tinggal beberapa minggu je lagi untuk kita bersama di arena pengajian di bumi yang bertuah ini UPSI tercinta... selepas habis peperiksaan nanti insyaallah ke dunia persekolahan akan bermula huhuhu.. terasa juga perasaan sedih di hati bila mengenangkan banyak peristiwa pahit dan manis dilalui sepanjang pengajian di sini... seperti pantas berlalu sahaja tempoh tiga tahun @ 6 semester... rasanya macam baru je lagi aku mendaftar di kolej Za'ba sambil membawa fail dan barang-barang keperluan lain.. masa tu macam serba serbinya kekok tak tau nak buat apa... ye laa first time ke sini walaupun kampung halaman aku tak la jauh di UPSI ni.
Tapi semua peristiwa tu sudah lama berlalu, rasanya selepas ini aku kena sentiasa memandang kehadapan.. bak kata iklan petronas tu.. jalan tu kena pandang ke depan ... tapi yang sering bermain dalam fikiran aku ialah mampukah aku berdiri dengan memegang title seorang kaunselor yang tak berapa lama lagi? sebelum ini aku memanglah ada pengalaman mengajar sebagai guru mathematics di sekolah rendah, tapi kini sebagai seorang kaunselor.. memang jauh bezanya dari segi tugas dan tanggungjawab.. apa pun bagiku itu satu cabaran yang harus aku pikul (sape suh pilih kos kaunseling, skang sediri mau ingat laa) bak kate pepatah biar kalah berperang daripada kalah sebelum berperang..

Untuk itu insyaallah akanku cuba seberapa daya aku untuk berhadapan dengan tugas2 yang bakal dipikul (rasenya lebih setan kot) dengan ilmu yang sudah kupelajari sepanjang 6 semester nie.. kalau rasanya tak termampu mungkin aku harapkan bantuan kawan-kawan seperjuangan dapat saling tolong-menolong mana yang patut.. Help me friends please.. dont shy2 cat hehehe.. last but not least kenangan kat UPSI ni akanku semadikan dalam coretan dairi seorang insan yang bernama Mohamad Aminuddin bin Tamyazi.. Viva UPSI love u 4ever

No comments:

Post a Comment