Sunday, March 15, 2009

KAUNSELING ISLAM


Oleh kerana sekarang merupakan semester yang saya kena belajar Kaunseling Islam, dapat jugaklah kiranya saya nak share berkaitan tentang kaunseling islam ni. Sekurang2nya saya membaca dan menulis, betul tak? hehehe Tajuknya perkara asas dalam proses Bimbingan Kaunseling (menurut perspektif islam) iaitu:

1)
Ta’aruf (Break the ice)
Kaunselor mewujudkan perasaan kemesraan pada diri klien kepada kaunselor

2) Tafahum (kefahaman)
Mewujudkan kefahaman di antara satu sama lain. Klien & kaunselor sudah boleh bersenda gurau.

3)
Taawun (seimbang)
Mewujudkan keseimbangan dalam perbezaan di antara klien dan kaunselor (sedia memberi dan menerima)

4)
Takaful (perlindungan)
Kaunselor berusaha memperlihatkan rancangan tindakan (intervensi) untuk klien dan klien bersedia untuk membantu dirinya sendiri.

5)
Penerimaan tanpa syarat
Tidak melabel dan menentapkan syarat-syarat tertentu kepada kliennya. Menerima hakikat bahawa setiap klien adalah unik dan berbeza satu sama lain

6)
Perasaan Empati
“to turn in the same wave length” iaitu merasai apa yang orang lain rasa. Ia sangat berbeza dengan simpati. Kerana ia adalah mewujudkan suasana dalam kepercayaan dan menyokong meliputi aspek perlakuan, pemikiran dan perasaan.

7)
Kerahsiaan
Kebanyakan klien bersikap helah bela diri (defence mechanism) disebabkan kurang yankin & percaya dengan kaunselor. Oleh itu kaunselor harus mempunyai tahap tertinggi dalam menjaga kerahsiaan. Kaunselor juga harus sedar bahawa kerahsiaan adalah merupakan salah satu etika profesional yang harus dipatuhi.

8)
Ketulenan (genuine)
Kaunselor haruslah bersikap jujur dan ikhlas. Jika timbul isu yang meragukan kaunselor harus berterus terang dan jangan berpura-pura. Perlu berfikiran terbuka dan berlapang dada.

9)
Berdoa dan bertawakal
Dilakukan di akhir sesi setelah menjalankan intervensi (rancangan tindakan). Kaunselor bolehlah mendoakan bagi kebajikan klien semoga mendapat rahmat dan kerdhaan daripada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment