Friday, February 27, 2009

Mari Jalan ke Melaka

Hari Ahad 22/2/2009 aritu sempat juga aku dengan roomate si Fazli pegi negeri Melaka yang penuh bersejarah nie (Negeri Hang Tuah)

Dari Tajong Malim ke Melaka ada la lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. sebelum tu singgah di R&R Ayer Keroh. tak sangka R&R nie jenis jejantas macam kat Sungai Buloh pulak. kat situ sempat rehat jap & makan kueyteow goreng dengan sambal sotong.. Emm Shedap jugak masakan orang Melaka ni ek..

Tempat yang pertama yang aku & my partner pegi ialah Mini Malaysia & Asean. tapi kat sini tiket agak mahal jugak RM12.00 setiap sorang. aku ada terpandang untuk student RM10.00 tapi yang menjadi masalahnya kad matrik pula tak bawa huhuhu :-( so nak tak nak kena la bayar Jomlahnye RM24.00 ase menyesal lak tak bawak kat matrik tu. Anyway dapat gak masukkan? Mulenya memang la berkobar-kobar nak meround umah-umah tu, tapi last-last letih sangat sebab jauh bejalan.
Lepas je pegi taman Mini, aku pun dok pikir kemana pulak nak pegi nie. Roomate aku cadang pegi Bandar Hilir tempat muzium & centeral Market. Dengan tak berapa nak pasti aku pun kate orait jer hehehe.. so dari Taman Mini tu kami pun mustaid berangkatlah (bahase Dolu-dolu) ke Bandor Hilir. 1st skali kitorang pegi Muzium Samudera alaa yang kapal besor tu tapi tak jalan-jalan, dok parking jer tepi sungai.

kat sebelah tu nampak tak gambar aku tengah cube untuk mengemudi kapal entah menatang ape aku tak tau tapi macam stearing jer rupenya. konon-konon jadi kapten kapal tu laa heheheh tapi cket-cket mungkin ada laa kan? lepeh jer pegi nengok kapal tu well i & my friend go to Navy museum (se bila start speaking london nie heheh) Oh ya sebab mat saleh ramai sangat kat sini tu yang terikut-rikut tu. Nak dipendekkan cerita kul 2.00 petang bandan aku letih sangat so tido jap kat Masjid Ujong Pasir. Kul 3.30 baru jalan balik round Melaka. Oleh kerana percutian ni percutian versi budget maka tak ada la peruntukan untuk tido hotel so aku & roomate pun bertolak balik ke Tanjong Malim lebih kurang jam 6.00 petang & samapai umah jam 11.00 malam (hujan lebat & keta banyak mase dalam perjalanan) Ape pun Sayo nara Melaka, ada rezeki nanti kite jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment