Friday, February 27, 2009

Kelas Malam

Arini kelas malam Silang budaya (Cik Nani)memang ramai student yang datang, entah laa mungkin dah lama tak ade kelas so mood untuk nak pegi tu tengah kuat la kot heheheh. dalam kelas tu macam biasa laa duk ada yang tanya pasal tugasan nak kena hantar la, ada yang duk balas mesej pun ade huhuu macam ni ke student? tanya diri sendiri laa.

tapi apa yang nak dikongsi dalam isu ini ialah macama mana ciri kaunselor yang harus ada dalam diri seorang kaunselor? ada juga dibahaskan tentang salah satu istilah "genuine" atau dengan kate melayunya ketulenan. sejauh mane ketulenan yang ada dalam diri kaunselor dari aspek silang budaya?

bagi saya itu memang wujudnya sedikit masalah, sebab ada sesetengah perkara kite sebagai kaunselor jadi pelakon jer, sebagai contoh kalau la dapat terima klien yang dah dua tiga kali kita bagi hint cam mana nak guna sourse yang ada tapi still mangkuk ayun lagi, tak panas ati ke kita? kaunselor pun manusia juga ada hati dan perasaan.. kengkadang tu nak jer terlepas cakap.. wei! paham ke tak ni Mangkuk? tapi cakap dalam hati la heheheh.. kena ingat kaunselor kan kena terima klien tanpa syarat & profesional :-)

sebelum tamat kelas ni ada jugak terfikir peri bahasa ke ungkapan?.. tapi tak kisah laa ape pun bunyinya macam nie "berkata benarlah walaupun pahit" dalam konteks nie macam mana? tak kan nak pusing-pusing ayat kot supaya orang tu faham maksud kita yang sebenar.. kan menyusahkan diri sendiri tu namanya. sekali fikir betul jugak teori REBT yang lebih direct 2 the point, tak macam ROGERS melayan dan meneroka sampai klien jumpa celik akal. memangla keduanya ada kelebihan tersendiri tapi agak2 mana lagi senang & cepat?

apa pun aspek ketulenan dalam konteks silang budaya mesti diberi perhatian terutama dalam menerima klien yang pelbagai budaya, bangsa, agama, kepercayaan & termasuk juga gender. ibarat "menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berserakan".

No comments:

Post a Comment